Kelas STEM (Kapal Terbang Kertas)

10 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu– 9 December 2023, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Kelas STEM. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar PEDi Lubok Antu. Program ini diadakan dari pukul 09.30 pagi hingga 10.30 pagi. Bengkel ini diadakan bertempat di PEDi Lubok Antu.

Pada kelas ini pelajar diajar cara untuk membuat kapal terbang menggunakan kertas. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan kertas, gunting, selotap dan penyedut minuman dalam kelas ini. Selain itu, kelas ini adalah bagi tujuan memperkenalkan peserta dengan daya seretan yang dihasilkan melalui tekanan udara. Apabila kapal terbang kertas bergerak di udara, udara akan menolak kapal terbang untuk mempercepat dan memperlahankan pergerakan kapal terbang kertas. Tambahan pula, peserta dapat meneroka perubahan daya yang bertindak pada kapal terbang kertas yang bertindak pada kapal terbang kertas dan mempengaruhi penerbangan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada kelas
2. Sesi pembelajaran secara teori dan praktikal
3. Sesi eksperimen
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali